Sejarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa

IAEA berkhidmat sebagai forum inter-kerajaan bagi kerjasama saintifik dan teknikal dalam penggunaan secara aman teknologi nuklear di seluruh dunia. Program-program IAEA menggalakkan pembangunan aplikasi teknologi nuklear, pengawalan antarabangsa bagi penyalahgunaan teknologi ini dan menyediakan langkah-langkah keselamatan semasa penggunaan teknologi ini. IAEA menggembangkan lagi usaha-usaha keselamatan nuklear selepas berlakunya tragedi Chernobyl pada tahun 1986.

IAEA diketuai oleh Hans Blix dari tahun 1981 hingga 1997. Ketua Pengarah IAEA terkini ialah Mohamed ElBaradei dari Mesir. Semasa Persidangan Agung yang ke-49, ElBaradei telah disahkan memegang jawatan Ketua Pengarah sehingga tahun 2009.